Tuesday 27 September 2016

Coach Mira 013 984 3532 : Fiber & Diet

Bismillah

Assalamu'aalaikum...

FIBER & DIET

Apa itu FIBER???

Fiber atau serat terdiri dari bahan yang tidak dihadam dari sumber tumbuhan yang tidak berubah bila ia melalui perut dan usus.

Macam mana sekiranya kita kekurangan fiber dalam badan? 
Banyak masalah kesihatan boleh terjadi dengan kurangnya sumber fiber dalam diet seharian kita. Diantara masalah yang boleh timbul ialah:

  • Sembelit
  • Gastrik
  • Kembung perut
  • Kanser
  • Diabetes
Bagaimana fiber bertindak???

Fiber membantu dalam memastikan perut mempunyai pergerakan yang biasa. Maknanya, setiap hari kita membuang air besar.

Fiber juga membuatkan kita berasa kenyang lebih cepat dari bahan-bahan lain yang kita makan. Fiber memperlahankan kadar penghadaman dan membuat kita rasa kenyang dengan lebih lama.

Fiber menggerakkan lemak melalui sistem penghadaman dengan lebih cepat. Jadi kurang lemak akan diserap ke dalam badan apabila badan cukup fiber.

Toksin merbahaya dalam panggil yang dipanggil 'carcinogen' akan melekat pada fiber dan digerakkan melalui usus lebih cepat. Maka mengurangkan risiko kanser usus.

Fiber membantu memindahkan kolestrol keluar dari badan, mengurangkan risiko sakit jantung.

Jadi dengan melihat bagaimana fiber ini bertindak, boleh relate bagaimana ia membantu dalam mengurangkan berat badan???

Mudah cerita, dengan fiber yang cukup, kita akan cepat kenyang tetapi lambat lapar, lalu dengan laju dalam sistem penghadaman menyebabkan cepat 'buang' dan kuranglah penyimpanan toksin dalam badan. Cuba lihat sekiranya kita tidak membuang air besar dalam masa beberapa hari :
  • Kulit mula kusam
  • Jerawat timbul
  • Moody
  • Badan mula rasa-rasa sakit dan lenguh
  • Memang rasa tidak selesa bila tidak berlaku pembuangan. Fiber inilah agen utama yang membantu sistem pembuangan dengan mudah.
Herbalife Fiber
  • 1 sudu mengandungi 5g fiber
  • Perisa epal yang sngat sedap dan cuma 15kcal setiap hidangan
  • Boleh tambah ke dalam air ataupun ke dalam shake herbalife anda
Fiber terbahagi kepada 2 dan mempunyai fungsi tersendiri:
  1. Fiber larut dalam air - Fungsi : membuat kita kenyang lebih lama kerana fiber akan memperlahankan pembebasan gula dari makanan yang sudah cerna.
  2. Fiber tidak larut dalam air - Fungsi : melajukan pergerakan sisa dalam usus, meningkatkan kecekapan pembuangan sisa tinja.
Ini perbandingan untuk rujukan anda 1 scoop Fiber mengandungi 5g fiber bersamaan:
  • 2.5 biji epal tanpa kulit
  • 5 biji tomato
  • 2 keping roti wholemeal
* Produk ini tidak bertujuan untuk merawat ataupun mengubati penyakit

Sekiranya anda berminat untuk TURUNKAN BERAT, NAIKKAN BERAT BADAN, KEKALKAN BERAT BADAN DAN CANTIKKAN KULIT WAJAH dengan NUTRISI HERBALIFE bolehlah menghubungi saya untuk konsultansi PERCUMA:

COACH MIRA
013 984 3532
Jurulatih Kasihatan Peribadi Anda




Coach Mira 013 984 3532 : 10 Tips Untuk Kurus

Bismillah


Assalamualaikum Semua

Lama dah tak menulis blog kan...kekangan masa, sibuk dengan kenduri adik ipar dan sibuk dalam proses nak pindah rumah...Doakan semuanya berjalan lancar yea kawan2...


Hari ini saya nak share 10 Tips untuk Kurus


1. Kira Kalori Makanan
Belajar mengira kalori makanan yang anda ambil. Pada zaman teknologi ni boleh download apps pasal kalori. Belajar membaca label kalori pada makanan yang ingin di ambil biasanya apabila membeli belah di pasaraya semuanye lengkap dengan kalori.



2. Jaga Porsi Makanan Anda
Porsi makanan amat penting untuk membantu anda turunkan berat badan. Pilih porsi yang betul yang anda perlukan seharian. Bukan makan mengikut nafsu makan.


3. Jangan Skip Makan
Jangan sesekali skip makan. Kita sebagai manusia perlu makan 4 - 6 kali sehari. Skip makan akan menyebabkan anda cenderung untuk makan dalam kuantiti yang lagi banyak.


4. Makan 4-6 kali sehari
Makan 4 - 6 kali sehari membantu anda untuk tidak makan dalam kuantiti yang banyak. Anda akan sentiasa kenyang dan bertenaga. tetapi harus di ingatkan makan makanan yang rendah kalori bukan makan makanan yang berkalori tinggi.


#produk ini tidak bertujuan untuk merawat ataupun mengubati penyakit


5. Pilih Makanan Seimbang dan Bernutrisi
Pemilihan makanan adalah amat penting dalam proses Kuruskan Badan. Pilih makanan yang seimbang dan Bernutrisi. Formula 1 Herbalife adalah contoh makanan yang seimbang dan bernutrisi yang boleh diamalkan untuk program Turunkan Berat Badan.


6. Elakkan Air Manis
Elakkan minum air manis. Kalau boleh selepas makan minum air kosong. Ini adalah kerana air manis mempunyai kalori dan air kosong tidak mempunyai kalori. 





7. Minum Air Kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari
Air kosong mampu membantu proses kita menurunkan berat badan kerana air kosong tidak mempunyai kalori. Air kosong juga amat penting kerana 70% badan kita memerlukan air untuk proses pembuangan toksin dalam badan.



8. Elakkan Makanan Manis
Elakkan mengambil makanan manis semasa proses mengurangkan berat badan. Makanan manis tidak membantu kita untuk mengurangkan berat badan.



9. Elakkan Makan Makanan Proses 'Fast Food'
'Fast Food' memang tidak membantu kita untuk mengurangkan berat. Ini adalah kerana kandungan garam, gula yang tinggi dalam setiap hidangan 'Fast Food' itu.



10. Elakkan Timbang Setiap Hari
Seeloknya timbanglah dalam masa seminggu sekali. Waktu yang ideal untuk timbang adalah pada waktu pagi.

Sekiranya anda ingin TURUNKAN BERAT BADAN / NAIKKAN BERAT BADAN / MAINTAIN BERAT bolehlah menghubungi saya:

Coach Mira
013 984 3532
Jurulatih Kesihatan Anda


* Sumber page CoachAinMusab & google