Assalamu'aalaikum
JENIS-JENIS GEMUK
GEMUK AIR
Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.
Biasanya badan akan menggeleber dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan belon anda isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan, begitulah keadaan badan kita kalau dikategorikan gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terlebih lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakkan akan mengalami gemuk air ini, anak dara yang baru berkahwin atau ibu-ibu yang lepas bersalin. Biasanya tidak susah untuk turunkan berat.
Antara punca lain gemuk air ialah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka mekan makanan masin dan masam. Apabila seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Punca utama seseorang itu mengalami gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air, bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi. Minumlah air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
GEMUK ANGIN
Gemuk angin lebih kurang sama dengan gemuk air. Badan pun macam lambik-lembik bila dipicit. Tetapi selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, dan lagi satu kerap kentut. Kategori yang ni pun agak mudah untuk turun beratnya kalau kena caranya.
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian diramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk lemak. Dan ada juga pernah terbaca, yang kategori gemuk lemak ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
GEMUK DAGING
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa pejal dan berat. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas itu kalau terasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ini, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun tetap ada caranya dengan izin Allah.
(Sumber Coach Has)
Sekiranya anda ingin TURUN BERAT, NAIK BERAT & KEKALKAN BERAT. Bolehlah menghubungi
Coach Mira 013 984 3532 untuk konsultansi PERCUMA.
No comments:
Post a Comment