Tuesday 26 April 2016

Coach Mira 013 9843532 : 10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

Bismillah

Assalamu'aalaikum

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL




1. KISMIS 
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia mampu membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.




2. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain yang mengandungi Vitamin C ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C juga berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.




3. IKAN TUNA
Tuna mengandungi sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.




4. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan Vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.



5. OAT
Kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.




6. EPAL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kerosakan dalam badan.





7. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus mengehadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambambilan kuaci jenis tawar daripada jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.





8. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

9. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Soya kaya dengan kalsium dan mineral yang mampu memecahkan lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak Jahat (LDL) dan meningkatkan Lemak Baik (HDL).


10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Ambil setiap hari dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang inginkan menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai. 

*Sumber: Facebook Bengkung Moden


Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program:

* Turun Berat
* Naik Berat
* Sarapan Sihat
* Cantikkan Kulit
* Tingkatkan Stamina Sukan
* Naikkan Otot 

dengan Nutrisi Herbalife. Boleh menghubungi:

COACH MIRA
013 984 3532

No comments:

Post a Comment